Tuesday, May 31, 2011

Surat PPSMI al-Wida’ buat Pak Samad

Oleh H FANSURI
Salam revolusi Dato’ A Samad Said yang terhormat. Mungkin ini surat terakhir. Sebab-sebabnya, biarlah rahsia. Tapi, ketika dipertimbang sebabnya, maka saya belajar suatu hal, iaitu dalam perjuangan apa pun, ternyata yang paling merumitkan ialah cabaran ketika berdepan dengan rakan sendiri.

Ketika berdepan dengan musuh, sakit jiwa tidak terasa sangat sebab mengenangkan mereka itu seteru. Ada suatu dialog dalam filem Godfather, "Jangan membenci musuh anda, kerana hal itu akan menyulitkan penghakiman kita ke atas mereka.

Ada juga kata-kata hikmah lain, "Takuti musuh anda sekali, tapi takuti rakan anda seribu kali." Contoh, isteri atau suami kita adalah teman kita yang tahu kelemahan kita lalu dia mungkin membuka rahsia kita selepas perceraian pula.

Bersandarkan semangat ini, saya fikir semua surat itu sepatutnya membangunkan fikiran semua kita terhadap suatu hal, "Untuk mansuhkan PPSMI, maka laungan mengguling Umno tidak penting lagi. Yang penting, pastikan setiap (atau yang digelar) pejuang bahasa itu mengundi selain Umno. Itulah tema yang tertuang di sebalik surat-surat selama ini.

Setiap bait pidato untuk mansuhkan PPSMI lewat laras bahasa undi itulah yang mesti kerap dibancuh lalu dituang dalam cawan fikiran pejuang bahasa itu sendiri. Ini yang perlu diutamakan. Soal orang awam akan undi siapa, biarlah hal itu diuruskan
Twitter, Facebook, YouTube dan pidato umum parti kiri.

Sebabnya, sepanjang terjebaknya saya ke medan penulisan dan dalam tempoh pergaulan dengan masyarakat penulis ini, bukan tiada yang marah-marah dengan PPSMI tapi akhirnya mereka tetap undi Umno kerana Pas bergabung dengan DAP. Inilah hasil asuhan Umno yang sudah lama berkembang biak di dalam fikiran para penulis, samada muda ataupun tua. {Kita belum sempat bahas kedudukan orang yang anti PPSMI , tapi tetap undi Umno dan marahkan PAS kerana mereka itu memang Umno.}

Dan ada lagilah hujahan yang sepatutnya ditepis dengan hujah dan ditolak dengan buah fikiran yang bernas juga, tanpa marah-marah. Biarpun nanti ada suara bersinis, "Ah! Mereka entiti kecil, terasing dan terpencil. Satu dua undi mereka tidak bermakna apa-apa." Tapi, pada saya, dalam dunia demokrasi, hatta satu undi sekali pun amatlah bermakna! Bagi politikus yang baik, dia akan hargai setiap nilai undi yang satu itu.

Tak apalah Pak Samad. Saya melakukan yang terbaik, sedaya upaya bertempur hujah rakan penulis yang masih berat mengundi PR sebab dihasut dengan propaganda Umno. Iaitulah, propaganda bahawa ‘persekongkolan’ PAS dengan DAP ini akan hancurkan Melayu, Islam. Hujah ini, tiada siapa yang mahu menjawabnya untuk kaum penulis ini, walhal inilah peluru Umno yang paling berharga dan bertenaga!

Akhirul kalam saya rumuskan beberapa hal, bahawa jika kita berpeluang menemui penulis muda atau veteran, maka yang terbaik ialah kita mesti berbual sedikit demi sedikit untuk membersihkan fikiran orang yang sudah lama dikeruhkan oleh propaganda Umno ini.

Dan, semua usaha penjernihan semula pemikiran masyarakat penulis, khasnya penulis muda ini sepatutnya dilakukan dalam acara kecil-kecilan sehingga tiba waktu yang dirasakan sesuai, maka kita boleh gerakkan perhimpunan kongres raya bagi menolak Umno akhirnya sebelum tiba pilihan raya umum ke-13 yang kononnya dijadualkan berlangsung pada 11.11.11 nanti. (demikian menurut Najib Razak)

Menolak Umno di sini selalu dilihat penulis sebagai tindakan politik kepartian, tapi kita harus jelaskan kepada mereka bahawa menolak Umno ini dengan niat memansuhkan PPSMI. Roh kefahaman seperti inilah yang memang liat dan sukar untuk diserapkan ke dalam fikiran ramai orang. Sekianlah, catatan terakhir Pak Samad. Salam revolusi.

Wednesday, May 18, 2011

BILA AGAKNYA POLITIK BARU MALAYSIA

Oleh: Aspan Alias

Kerana terlalu banyak politiking kita lupa kepada asas politik yang sebenarnya. Kesungguhan dalam politik sudah tiada bagi kita orang Melayu. kita melebihkan tumpuan kepada politiking; siapa yang menang dan siapa yang kalah, siapa yang berkuasa dan siapa yang tidak berkuasa. Politik yang asasi, iaitu politik yang membawa penyatuan secara jujur sudah tiada. Politik dan kuasa adalah empunya orang yang berkuasa.

Apabila kita menjadi ahli sesebuah parti matlamatnya ialah untuk menyatukan pemikiran dia antara ahli-ahli dan jika ada perbezaan kita ‘co-exist’ dalam parameter toleransi yang luas. Di awal zaman kemerdekaan negara dahulu pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum telah meletakan asas kerjasama di antara parti yang di asaskan kepada kaum-kaum di negara ini. Orang Melayu dengan UMNOnya, orang Cina dengan MCAnya dan India dengan MICnya.

Orang Melayu, Cina dan India bekerjasama di antara satu dengan lain melalui kekuatan sokongan parti masing-masing dan telah berjaya membawa negara kearah kemajuan yang pesat dan imej Malaysia yang mundur telah menjadi sejarah. Perbezaan pendapat bukannya tidak wujud tetapi oleh kerana ketelusan di antara pemimpin-pemimpin puak dan kaum maka perbezaan itu mampu dikawal dalam semangat toleransi yang tinggi.

Dalam pada itu, seperti juga negara-negara demokrasi yang lain kita ada beberapa buah parti pembangkang yang dibenarkan wujud dan membenarkan parti-parti itu bergiat mengikut undang-undang yang sedia ada. Semua parti itu adalah parti yang halal di sisi undang-undang tubuh dan ditadbir oleh pendaftar pertubuhan. Hanya Parti komunis Malaya (PKM) sahaja yang telah diharamkan kerana parti itu memilih untuk mengangkat senjata bagi mendapatkan kuasa pemerintahan negara.

Tidak menjadi kesalahan jika sesiapa menyokong parti-parti ini, kerana parti ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Di dalam sebuah negara demokrasi parti-parti pembangkang ini merupakan parti-parti alternatif yang mempunyai hak untuk memerintah jika diberikan mandat oleh rakyat yang memilih. Itu adalah asas demokrasi yang tulin.

Di Amerika Syarikat parti-parti Demokrat dan Replublican bergilir-gilir mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah. Begitu juga di Britain; Parti Buruh dan Conservative bergilir-gilir memerintah negara itu mengikut kehendak rakyat. Sekarang ini pula Britain ditadbir oleh kerajaan capuran Coservative dan parti Liberal Demokkrat dan itu juga kehendak rakyat dan bukannya kehendak parti-parti itu.

Di negara demokrasi seperti di Britain parti yang memerintah menghormati kehendak dan selera rakyatnya. Tidak terdapat tekanan kepada rakyat di kawasan yang diwakili oleh parti pembangkang. Tidak ada pula mana-mana parti yang memerintah mengingatkan rakyat supaya berterima kasih kepada kerajaan yang telah membekalkan air bersih, membekalkan api letrik, memberikan subsidi gigi palsu dan membina jalanraya kecil ataupun lebuhraya.

Di dalam pilihanraya di Germany tidak ada kedengaran kerajaan yang memerintah meminta rakyatnya mengenang jasa parti pemerintah kerana memberikan pelajaran percuma kepada rakyat sehingga keperingkat universiti dengan buku teks percuma. Begitu juga di kesemua kesebelasan negara-negara Scandinavia.

Tidak pernah kedengaran pemimpin Parti Buruh semasa memerintah Britain mengingatkan rakyat dalam kempennya supaya mengingati jasa parti itu kerana telah membekalkan boat-boat nelayan dan sebagainya. Kalau kita memandu di Lebuhraya M25 di kotaraya London tidak ada pula papan tanda yang mengingati rakyat yang projek perumahan yang ada di tepian lebuhyara itu sebagai ‘satu lagi projek kerajaan campuran Conservative dan Lib Demokrat.’

Pemimpin-pemimpin negara-negara seperti ini menumpukan sepenuh masa untuk perancangan membangunkan negara. Tidak ada Ahli Parlimennya turun padang untuk melepaskan anak itek atau anak ayam atau mengadakan majlis penyerahan lembu pawah di depan kamera TV3 dan TV1 dan sebagainya kononya sebagai kaedah mendekati rakyat.

Di negara itu pemimpin-pemimpinnya secara fisikal tidak mendekati rakyat. Tetapi yang mendekati rakyat ialah dasar-dasar dan perlaksanaan dasar yang sempurna yang tidak ada ketirisan dalam membelanjakan wang dan harta rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka tidak ada progran turun padang kerana yang turun padang ialah dasar serta perancangan pembangunan yang baik untuk mereka yang di gubal oleh pemimpin-pemimpin mereka yang berkerja keras sebagai ahli Legislatif. Dasar-dasar yang baik amat dirasai rakyat itu mendekati mereka. Parti Conservative atau Parti Buruh tidak mempunyai ahli yang berjuta-juta orang orang seperti parti kita di sini.

Yang rakyat hendak tengok ialah dasar-dasar yang baik yang dihormati orang ramai yang boleh meyakinkan mereka sebagai dasar yang mesra rakyat, bukannya pemimpin yang mesra rakyat. Tidak guna mempunyai pemimpin yang mesra rakyat tetapi dasar yang digubal tidak memberikan impak secara terus kepada orang ramai. Zaman berkempen dengan hanya menepuk belakang pengundi sudah lama menjadi sejarah. zaman bercakap dengan manis mulut sudah tidak laku lagi. Slogan yang sedap di dengar tidak membawa apa-apa lagi.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat ialah pemimpin yang dirasakan mempunyai kemampuan untuk berfikir dan melunaskan tanggungjawab untuk menggubal dasar yang baik bagi negara…. tidak kira dari parti kerajaan atau pembangkang kerana parti kerajaan membawa bersama pemimpin pembangkang untuk membina dasar yang baik untuk negara tadi.

Apabila ada pihak di sini memuji sistem di negara-negara maju ini pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang mengidap penyakit ‘inferiority complex’ akan menyelarnya dengan mengatakan yang kita mempunyai demokrasi adunan sendiri dan tidak perlu ikut demokrasi orang lain.

Kita wajar memulakan langkah untuk memperkayakan demokrasi di negara kita ini. Alangkah eloknya jika semua pihak diberikan peluang untuk menhubungi rakyat melalui saluran media perdana seperti saluran TV nasional supaya masing-masing parti boleh mendekati rakyat dengan mudah. Pembangkang yang dituduh bertalu-talu kononnya membuat fitnah tidak akan dapat berbohong seperti yang cuba dimomokan kerana mereka bercakap terus kepada rakyat melalui TV dan saluran media yang lain. Lagi pun stesyen TV itu dibangunkan dengan wang rakyat yang terdiri dari cukai-cukai yang dikutip dari semua rakyat termasuk ahli-ahli UMNO, DAP, PAS, PKR dan parti-parti yang lain.

Jika peluang ini terbuka kepada semua pihak maka barulah rakyat dapat menilai parti mana yang baik pada pandangan masing-masing pengundi dan memilihnya di dalam peti undi semasa pilihanraya yang di adakan. Salah benar tentang apa yang dikatakan oleh mana-mana pihak biar orang ramai yang menilainya. Ianya penting kerana negara ini adalah kepunyaan rakyat bukannya kepunyaan Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sahaja. Di negara kita jiwa pemimpin-pemimpin kita terlalu kecil dan fakir yang menyebabkan mereka tidak berani memberikan ruang untuk parti-parti lain untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran perdana tadi.

Banyak negara yang dahulu menekan pihak yang membangkang sudah mula terbuka demokrasinya. Contohnya Indonesia telah melakukan transformasi yang besar di dalam sistem pilihanrayanya. Pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang boleh menyampaikan pesanan kepada rakyat melalui media perdana elektronik dan cetak, malahan Indonesia sekarang ini merupakan sebuah demokrasi yang terbesar di Asia selain dari India.

Di Singapura baru-baru ini rakyat bebas bercakap melalui media perdana dan akhirnya rakyat membuat pilihan dengan mengekalkan kerajaan yang sedia ada dengan undi popular yang jauh lebih rendah dari dahulu. PAP merasakan yang popularitinya telah menurun maka sebelum rakyat terus menyiahkan sokongan kepada parti itu maka Lee Kuan Yew telah menolak tawaran untuk berada di dalam kabinet baru Singapura. Sebabnya isu beliau merupakan isu besar dalam pilihanraya itu walaupun beliau sendiri memenangi kerusi kawasannya tanpa bertanding.

Beranikah mana-mana pemimpin yang jelas tidak di senangi oleh rakyat menarik diri walaupun mereka tahu keadaan itu adalah ‘real’ dan nyata? Jawabnya; tidak berani, kerana kononnya kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Pemimpin kita rela partinya jatuh bersama dengan mereka. Untuk berhenti dan berkorban untuk menyelamatkan negara tidak sekali. Kalau parti kalah rakyat akan dipersalahkan.

Dulu ada pemimpin besar kita kata, “menang satu undi pun saya tetap menang. Kalau kalah sekali pun saya boleh meminta sokongan dari Parlimen”. Itulah dia demokrasi acuan kita sekarang ini.

Persiapan PRU 13 - 2

Sudahkah anda memliki nombor talipon bimbit jiran-jiran anda. Jika belum sila dapatkan segera.

Ketika pilihan raya, bayak pesan dan jemputan yang bakal kita buat. Dengan sms semua kerja menjadi mudah. Tetapi jika nombornya tiada lagi, apa yang boleh kita buat.

Dengan sistem bulk sms, kita hanya perlu klik sekali sahaja, maka pesanan sampai ke beribu orang.

Emel, face book, twiiter, blog dan u-tube masih ganjil di kampong-kampong lagi. Pimpinan parti peringkat kawasan dan cawangan pun masih belum memiliki "tools" ini. Woo.

Monday, May 16, 2011

MENCABAR LELAKI

Berita yang kita mahu dengar ialah "kelainan"

Ini satu kelainan. Wooo.

Sunday, May 15, 2011

Persiapan PRU 13 - 1

Pelbagai cara hendak sampaikan info kepada pengundi dengan pantas.

Salah satu caranya ialah melalui bulk sms - dengan satu klik sahaja, info akan sampai ke beribu orang.

Miliki segera. Pas Cawangan atau UPU wajar memilikinya. Dapatkan segera dengan pesan terus dari syarikat pembekalnya dengan klik di sini.

Wednesday, May 11, 2011

PESAN UNTUK CIKGU BADRUL

Pejuang rakyat Cikgu Badrul adalah pemimpin masa hadapan untuk Negeri Sembilan dan Malaysia.

Apapun kesan pertandingan lalu dalam PKR dan sikap orang dalam parti terhadap beliau janganlah dihiraukan. Berjuanglah sehingga anggota parti dan rakyat "terpaksa" menerima khidmat anda.

Yang penting konsisten dalam parti dan perjuangan. Jika tanpa jawatan dalam parti pun, anda tetap dikehendaki oleh rakyat, insyaallah jawatan dalam parti akan ditawarkan kepada anda juga satu masa nanti.

Cikgu Badrul, teruskan dalam PKR dan PR. Singkirkan Khairy pada PRU 13 di Rembau.


Wednesday, May 4, 2011

ANWAR DI KUALA PILAH



MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH



Tarikh : 8 Mei 2011 (AHAD)

Jam 9 malam

di Kg. Seri Pilah, Senaling, Kuala Pilah, N.Sembilan

Bersama : Dato' Seri Anwar Ibrahim

Turut serta : Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Dato Kamarul Baharin Abas, Zulkefly Omar, Anthony Loke dan Zaharuddin Othman

Anjuran Parti keADILan Cabang Kuala Pilah

Semua dijemput hadir